Friday, 16 September 2011

HARI MALAYSIA

Hebuh akhir-akhir ini tentang kenyataan bahawa Tanah Melayu tak pernah dijajah.  Kalau tak pernah dijajah, kenapa pula kita menyambut merdeka.  Jika benar begitu memang tak adalah Hari Merdeka buat kita.

Jadi maknanya, rakyat Malaysia hanya perlu menyambut Hari Malaysia saja.  Hari ini diiktiraf sebagai hari penubuhan Malaysia.
SELAMAT
HARI MALAYSIA

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Malam ini adalah malam kemenangan.  Kita akan merayakan kejayaan Ramadhan pada besok hari.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

Semoga ini benar-benar merupakan perayaan kerana kejayaan kita di bulan Ramadhan.  Semoga kita diberkati.  Amin.

Wednesday, 3 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Bulan Ramadhan yang mulia bersama kita.  Di bulan ini umat Islam diwajipkan berpuasa. Disamping itu kita dijanjikan nikmat ganjaran yang terbaik untuk kebahagiaan abadi di Sana.

Sama-samalah kita memanjat doa semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati kesihatan yang baik. Mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.

SELAMAT BERPUASA

Friday, 22 July 2011

TAHAP KEBERSIHAN YANG MENJENGKELKAN

Cik hubby ada seminar dekat Langkawi.  Kita orang anak beranak ikut juga pergi bercuti.  Tapi dengan anak yang belum sekolah formal lagi saja la.

Agak mengecewakan dengan tahap kebersihan di sana sekarang.    Hanya di hotel nampak cantik dan bersih.  Kebanyakan tempat-tempat lain nampak kurang dijaga kebersihannya.

Apabila kita berjalan ke tempat-tempat lawatan, kelihatan sampah sarap di longkang dan tepi-tepi jalan.  Kiranya memang menjengkelkan.

Nak katakan tak maju, mesti la tidak tepat.  Tak tahu kenapa jadi begitu!

Monday, 4 July 2011

TUKAR BAJU

Bila jenjalan tu seronok dan ceria rasa bila melihat langsir perhiasan di blog tertentu.  Tercuit pula hati untuk menukar fesyen.

Selepas dicuba beberapa kali, fesyen ini yang lebih berkenan.  Rasa macam membuat mood sentiasa ceria saja.

Sunday, 19 June 2011

MEGA SALE

Sekarang sudah bermula musim mega sale.  Macam-macam mega iklan dah keluar.  Ada juga outlet dan rangkaian jenama yang menghantar mesej tentang tawaran-tawaran mereka.

Memang dunia niaga pandai membuat tarikan.  Ramai orang sudah berkira-kira untuk pergi ke beberapa tempat kegemaran mereka.  Apatah beberapa hari lagi gaji akan masuk!

Walaupun secara keseluruhan, harga barang naik, ada banyak barang dan perkhidmatan diberikan penurunan harga.  Logiknya ialah ini dari stok lama dengan kos dan modal yang jauh lebih rendah dari harga yang ditawarkan.

Mana orang tidak terpanggil untuk pergi?