Tuesday, 18 October 2011

BAIKI HATI NURANI

Aku jadi teringat dan rindu dengan nasihat dan kata-kata kak G.  Ke mana beliau menghilang?

Sebagai tanda ingat, aku ingin berkongsi kembali tentang pendekatannya untuk baiki hati nurani.  Kalau tak salah katanya kita mampu baiki diri dan hati nurani kita sendiri.  Kita boleh cuba memberi contoh dari ilmu, pengalaman dan pengamatan kita dengan niat dan hasrat itu dapat menjadi tauladan dan sempadan untuk orang lain.

Saranannya ialah supaya kita sentiasa cuba untuk lebih mudah redha.  Perasaan dan hati kita juga akan lebih cepat tenang.  Insyaallah iman kita juga akan sentiasa meningkat baiknya.

Monday, 3 October 2011

PETUA MUDAH

Selalunya orang buat jamu dengan bahan-bahan tradisonal seperti cekur, kunyit, temulawak dan sebagainya.  Tetapi kata ibu, bahan-bahan sayur biasa pun boleh dijadikan jamu untuk menjaga kulit.

Jadi untuk mereka yang tidak tahan dengan bau bahan jamu tradisional tu bolehlah menggunakan alternatif ini.  Untuk jimat kos kita guna bahan yang lebih murah.

Saya selalu guna tomato untuk merawat kulit.  Caranya ialah dengan mengambil sebiji tomato yang agak besar dan blenderkan dengan sedikit air.  Kemudian sapukan ke seluruh muka, tapak tangan dan kaki.  Biarkan kering.  Kemudian bilas dengan air suam.

Amalkan setiap hari, atau sekurang-kurangnya dua kali seminggu.  Lihatlah sendiri hasilnya.

Friday, 16 September 2011

HARI MALAYSIA

Hebuh akhir-akhir ini tentang kenyataan bahawa Tanah Melayu tak pernah dijajah.  Kalau tak pernah dijajah, kenapa pula kita menyambut merdeka.  Jika benar begitu memang tak adalah Hari Merdeka buat kita.

Jadi maknanya, rakyat Malaysia hanya perlu menyambut Hari Malaysia saja.  Hari ini diiktiraf sebagai hari penubuhan Malaysia.
SELAMAT
HARI MALAYSIA

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Malam ini adalah malam kemenangan.  Kita akan merayakan kejayaan Ramadhan pada besok hari.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

Semoga ini benar-benar merupakan perayaan kerana kejayaan kita di bulan Ramadhan.  Semoga kita diberkati.  Amin.

Wednesday, 3 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Bulan Ramadhan yang mulia bersama kita.  Di bulan ini umat Islam diwajipkan berpuasa. Disamping itu kita dijanjikan nikmat ganjaran yang terbaik untuk kebahagiaan abadi di Sana.

Sama-samalah kita memanjat doa semoga kita dipanjangkan umur dan diberkati kesihatan yang baik. Mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan segala amalan yang baik.

SELAMAT BERPUASA

Friday, 22 July 2011

TAHAP KEBERSIHAN YANG MENJENGKELKAN

Cik hubby ada seminar dekat Langkawi.  Kita orang anak beranak ikut juga pergi bercuti.  Tapi dengan anak yang belum sekolah formal lagi saja la.

Agak mengecewakan dengan tahap kebersihan di sana sekarang.    Hanya di hotel nampak cantik dan bersih.  Kebanyakan tempat-tempat lain nampak kurang dijaga kebersihannya.

Apabila kita berjalan ke tempat-tempat lawatan, kelihatan sampah sarap di longkang dan tepi-tepi jalan.  Kiranya memang menjengkelkan.

Nak katakan tak maju, mesti la tidak tepat.  Tak tahu kenapa jadi begitu!

Monday, 4 July 2011

TUKAR BAJU

Bila jenjalan tu seronok dan ceria rasa bila melihat langsir perhiasan di blog tertentu.  Tercuit pula hati untuk menukar fesyen.

Selepas dicuba beberapa kali, fesyen ini yang lebih berkenan.  Rasa macam membuat mood sentiasa ceria saja.

Sunday, 19 June 2011

MEGA SALE

Sekarang sudah bermula musim mega sale.  Macam-macam mega iklan dah keluar.  Ada juga outlet dan rangkaian jenama yang menghantar mesej tentang tawaran-tawaran mereka.

Memang dunia niaga pandai membuat tarikan.  Ramai orang sudah berkira-kira untuk pergi ke beberapa tempat kegemaran mereka.  Apatah beberapa hari lagi gaji akan masuk!

Walaupun secara keseluruhan, harga barang naik, ada banyak barang dan perkhidmatan diberikan penurunan harga.  Logiknya ialah ini dari stok lama dengan kos dan modal yang jauh lebih rendah dari harga yang ditawarkan.

Mana orang tidak terpanggil untuk pergi?

Saturday, 28 May 2011

TIP JAMU

Hari ini kita orang adik-beradik berkumpul di rumah emak kerana cuti sekolah.  Adik kakak yang duduk jauh sudah balik bercuti.
Tak tahu macam mana, tup tup semua orang bercerita pasal kecantikan.  Jadi keluarlah beberapa tip yang orang itu dan ini pernah dengar dan amalkan.

Saya paling tertarik dengan kegunaan jamu lempoyang.  Rupanya lempoyang ini baik juga untuk membersihkan kulit muka.  Caranya juga agak mudah.

Petang ini tadi terus cubalah.  Sekadar gunakan sebesar 50gm dan dibersihkan kulitnya.  Kemudian ditumbuk atau dikisar.  Setelah itu dicampur dengan satu setengah gelas air dan masak hingga menjadi satu gelas cecair.  Kemudian campur dengan setengah sudu kecil madu dan minum.

Tuesday, 10 May 2011

BILA ADA ALUMNI

Dalam dunia serba canggih sekarang, mereka yang ada alumni tentu lebih beruntung, terutamanya yang aktif dan kukuh.  Dengan adanya alumni, satu rangkaian sudah sedia ada.

Jika saja aku juga ada alumni yang kukuh, tentu aku ada hubungan langsung yang dekat.  Tetapi aku hanya lulusan dari maktab swasta.

Aku hampir tidak ada hubungan lagi dengan mereka yang sama-sama belajar.  Hubungan dengan maktab pun tidak relevan lagi!

Sunday, 1 May 2011

CUTI UMUM

Hari ini adalah hari cuti umum sempena Hari Pekerja. Tapi dah jatuh pada hari minggu, cuti ditunda ke besok. Jadi panjang la cuti minggu ini.

Kepada semua warga kerja, saya ikut mengucap selamat juga. Mudah-mudahan ceria bersama orang-orang tersayang.

SELAMAT HARI PEKERJA

Monday, 25 April 2011

CERITER BANYAK GOSIP

Banyak blogger punyer ceriter yang sedap2 .. tapi banyak masuk dalam kategori gosip la pulak.

Gosip memang seronok, boleh melekakan.  Tapi berdosa la pulak.  Takut balasan di Sana.  Tak berbaloi rasanya.

Kena tapis-tapis juga la cerita kan?  Kalau lepas tapis, tak ada ceriter.  Kena diam2 dulu la nampaknya.

Thursday, 14 April 2011

BANYAK CERITA TAK TERCERITA

Geli hati pulak dengan gelagat diri sendiri.  Agaknya memang tak ada bakat jadi blogger.

Sepatutnya buat N3 di blog.  Tetapi saya lebih minat membaca blog-blog mereka yang saya minat.

Setiap orang memang ada banyak cerita.  Tapi tak tercerita pulak.  Hehe.

Thursday, 7 April 2011

FIRST ENTRY

Just happy to be a registered blogger.  Actually I enjoy reading several blogs.  But everytime I have type out each of them.

So hopefully, reading blogs would be easier from now on.  They said I must follow those blogs that I would want to read.  I will abide by that.