Thursday, 10 May 2012

PETUA KESIHATAN

Alang-alang masuk tu kongsi amalan laa!  :)

Jika rajin mengamalnya, insyaallah berkhasiat.  Cubalah segar-segarkan wajah dan kurangkan rasa penat dengan minum air campuran ini:

- Ambil 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa.
- Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan dan tumbuk halus.
-  Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis dan tumbuk lagi.
-  Rebus gula merah dan asam dengan setengah periuk sedang air kemudian sejukkan.
-  Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis.
-  Minum 1 cawan sehari.

Selamat mencuba!!!

UPDATE JER

Aduh!  Lamanyer tak ke sini.  Rasa hilang minat sebab blog kesukaan hilang ntah ke mane!

Tuesday, 18 October 2011

BAIKI HATI NURANI

Aku jadi teringat dan rindu dengan nasihat dan kata-kata kak G.  Ke mana beliau menghilang?

Sebagai tanda ingat, aku ingin berkongsi kembali tentang pendekatannya untuk baiki hati nurani.  Kalau tak salah katanya kita mampu baiki diri dan hati nurani kita sendiri.  Kita boleh cuba memberi contoh dari ilmu, pengalaman dan pengamatan kita dengan niat dan hasrat itu dapat menjadi tauladan dan sempadan untuk orang lain.

Saranannya ialah supaya kita sentiasa cuba untuk lebih mudah redha.  Perasaan dan hati kita juga akan lebih cepat tenang.  Insyaallah iman kita juga akan sentiasa meningkat baiknya.

Monday, 3 October 2011

PETUA MUDAH

Selalunya orang buat jamu dengan bahan-bahan tradisonal seperti cekur, kunyit, temulawak dan sebagainya.  Tetapi kata ibu, bahan-bahan sayur biasa pun boleh dijadikan jamu untuk menjaga kulit.

Jadi untuk mereka yang tidak tahan dengan bau bahan jamu tradisional tu bolehlah menggunakan alternatif ini.  Untuk jimat kos kita guna bahan yang lebih murah.

Saya selalu guna tomato untuk merawat kulit.  Caranya ialah dengan mengambil sebiji tomato yang agak besar dan blenderkan dengan sedikit air.  Kemudian sapukan ke seluruh muka, tapak tangan dan kaki.  Biarkan kering.  Kemudian bilas dengan air suam.

Amalkan setiap hari, atau sekurang-kurangnya dua kali seminggu.  Lihatlah sendiri hasilnya.

Friday, 16 September 2011

HARI MALAYSIA

Hebuh akhir-akhir ini tentang kenyataan bahawa Tanah Melayu tak pernah dijajah.  Kalau tak pernah dijajah, kenapa pula kita menyambut merdeka.  Jika benar begitu memang tak adalah Hari Merdeka buat kita.

Jadi maknanya, rakyat Malaysia hanya perlu menyambut Hari Malaysia saja.  Hari ini diiktiraf sebagai hari penubuhan Malaysia.
SELAMAT
HARI MALAYSIA

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Malam ini adalah malam kemenangan.  Kita akan merayakan kejayaan Ramadhan pada besok hari.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

Semoga ini benar-benar merupakan perayaan kerana kejayaan kita di bulan Ramadhan.  Semoga kita diberkati.  Amin.