Sekarang sudah bermula musim mega sale. Macam-macam mega iklan dah keluar. Ada juga outlet dan rangkaian jenama yang menghantar mesej tentang tawaran-tawaran mereka.
Memang dunia niaga pandai membuat tarikan. Ramai orang sudah berkira-kira untuk pergi ke beberapa tempat kegemaran mereka. Apatah beberapa hari lagi gaji akan masuk!
Walaupun secara keseluruhan, harga barang naik, ada banyak barang dan perkhidmatan diberikan penurunan harga. Logiknya ialah ini dari stok lama dengan kos dan modal yang jauh lebih rendah dari harga yang ditawarkan.
Mana orang tidak terpanggil untuk pergi?