Friday, 22 July 2011

TAHAP KEBERSIHAN YANG MENJENGKELKAN

Cik hubby ada seminar dekat Langkawi.  Kita orang anak beranak ikut juga pergi bercuti.  Tapi dengan anak yang belum sekolah formal lagi saja la.

Agak mengecewakan dengan tahap kebersihan di sana sekarang.    Hanya di hotel nampak cantik dan bersih.  Kebanyakan tempat-tempat lain nampak kurang dijaga kebersihannya.

Apabila kita berjalan ke tempat-tempat lawatan, kelihatan sampah sarap di longkang dan tepi-tepi jalan.  Kiranya memang menjengkelkan.

Nak katakan tak maju, mesti la tidak tepat.  Tak tahu kenapa jadi begitu!

Monday, 4 July 2011

TUKAR BAJU

Bila jenjalan tu seronok dan ceria rasa bila melihat langsir perhiasan di blog tertentu.  Tercuit pula hati untuk menukar fesyen.

Selepas dicuba beberapa kali, fesyen ini yang lebih berkenan.  Rasa macam membuat mood sentiasa ceria saja.

Sunday, 19 June 2011

MEGA SALE

Sekarang sudah bermula musim mega sale.  Macam-macam mega iklan dah keluar.  Ada juga outlet dan rangkaian jenama yang menghantar mesej tentang tawaran-tawaran mereka.

Memang dunia niaga pandai membuat tarikan.  Ramai orang sudah berkira-kira untuk pergi ke beberapa tempat kegemaran mereka.  Apatah beberapa hari lagi gaji akan masuk!

Walaupun secara keseluruhan, harga barang naik, ada banyak barang dan perkhidmatan diberikan penurunan harga.  Logiknya ialah ini dari stok lama dengan kos dan modal yang jauh lebih rendah dari harga yang ditawarkan.

Mana orang tidak terpanggil untuk pergi?

Saturday, 28 May 2011

TIP JAMU

Hari ini kita orang adik-beradik berkumpul di rumah emak kerana cuti sekolah.  Adik kakak yang duduk jauh sudah balik bercuti.
Tak tahu macam mana, tup tup semua orang bercerita pasal kecantikan.  Jadi keluarlah beberapa tip yang orang itu dan ini pernah dengar dan amalkan.

Saya paling tertarik dengan kegunaan jamu lempoyang.  Rupanya lempoyang ini baik juga untuk membersihkan kulit muka.  Caranya juga agak mudah.

Petang ini tadi terus cubalah.  Sekadar gunakan sebesar 50gm dan dibersihkan kulitnya.  Kemudian ditumbuk atau dikisar.  Setelah itu dicampur dengan satu setengah gelas air dan masak hingga menjadi satu gelas cecair.  Kemudian campur dengan setengah sudu kecil madu dan minum.

Tuesday, 10 May 2011

BILA ADA ALUMNI

Dalam dunia serba canggih sekarang, mereka yang ada alumni tentu lebih beruntung, terutamanya yang aktif dan kukuh.  Dengan adanya alumni, satu rangkaian sudah sedia ada.

Jika saja aku juga ada alumni yang kukuh, tentu aku ada hubungan langsung yang dekat.  Tetapi aku hanya lulusan dari maktab swasta.

Aku hampir tidak ada hubungan lagi dengan mereka yang sama-sama belajar.  Hubungan dengan maktab pun tidak relevan lagi!

Sunday, 1 May 2011

CUTI UMUM

Hari ini adalah hari cuti umum sempena Hari Pekerja. Tapi dah jatuh pada hari minggu, cuti ditunda ke besok. Jadi panjang la cuti minggu ini.

Kepada semua warga kerja, saya ikut mengucap selamat juga. Mudah-mudahan ceria bersama orang-orang tersayang.

SELAMAT HARI PEKERJA